Ahad, 11 Januari 2009

Contoh Kertas Kerja Gimrama


1.0 RASIONAL

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkiat Daerah Kota Marudu. Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Kota Marudu merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah.

Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah menengah dan rendah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah menyertai sukan gimrama.

2.1 Objektif
Kejohanan Gimrama peringkat daerah Kota Marudu mempunyai beberapa objektif seperti berikut,
Selepas penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-sekolah menengah malah penglibatan atlit-atlit dari sekolah rendah juga akan bertambah.
Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Kota Marudu tentang keunikan dan kelebihan gimrama. Dalam masa yang sama diharap ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama.
Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Kota Marudu, Sabah.
Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam gimrama. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanan-kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan.
Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama daerah Kota Marudu.

3.0 ORGANISASI

3.1 Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah
Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu
Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu
Setiausaha Agung : Ketua Unit SPPK Daerah Kota Marudu
Penolong Setiausaha : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu.
Bendahari : Unit Akaun Jabatan Pendidikan Gabungan Kota Marudu,
AJK : Setiausaha-setiausaha sukan sekolah menengah
Setiausaha-setiausaha sukan sekolah rendah
Juruaudit : Unit akaun SMK Kota Marudu.

3.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah
Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu
Pengerusi : Pengetua SMK Kota Marudu
Timbalan Pengerusi . : Penolong Kanan SMK Kota Marudu
Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu
Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu
Setiausaha : Penolong Kanan Kokum SMK Kota Marudu
Penolong Setiausaha : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu.

Bendahari : Unit Akaun SMK Kota Marudu,
Pengerusi Teknik : Puna Hamina Binti John @ Nornaini Ismail
Pegawai Meja : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu
Urustia kejohanan : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Dan AJK
Perasmian Pembukaan/ : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK
Penutupan
Sambutan dan Protokol : Pengetua SMK Bandau dan AJK
Buku Aturcara dan Buletin : Pengetua SMK Langkon dan AJK
Hadiah dan Cenderahati/ : Pengetua SMK Bengakongan dan AJK
Bunga Rozet
Publisiti dan dokumentasi : Pengetua SMK Tandek dan AJK
Jawatankuasa Tajaan : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK
Pemeriksaan Dokumen : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK
Peserta
Pengangkutan : Guru Besar SK Marudu 2 dan AJK
Kebajikan : Guru Besar SRJK Khoi Ming dan AJK
Keselamatan : Guru Besar SK Pekan Kota Marudu dan AJK
Kebersihan : Guru Besar SK Langkon dan AJK
Penyimpanan & : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu dan AJK
Keselamatan Peralatan
Penyediaan Arena : Setiausaha Sukan SMK Marudu 2 dan AJK
Pertandingan
Hakim pertandingan : Penyelaras Teknik dan AJK
Juri rayuan : PPD Kota Marudu dan AJK
Meja Kerusi : PK Kokum SMk Kota Marudu
Penghias Astaka : PK Kokum SMK Bandau dan AJK
Makan dan minum : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK
Perasmian pembukaan
Penutupan
Persembahan : PK Kokum SMK Bengkongan dan AJK
Pembukaan/penutupan
Perangkaan : Setiausaha Sukan SMK langkon dan AJK
P.A System : Setiausaha Sukan SMK Bandau dan AJK
Tag Nama Pegawai : Guru Besar SRA Goshen dan AJK
Tugas-tugas khas : PK Kokum SMK Tandek dan AJK

4.0 ATURCARA TENTATIF

Aturcara tentatif kejohanan sukan gimrama peringkat daerah Kota Marudu meliputi aturcara Majlis Perasmian Pembukaan/penutupan Kejohanan dan aturcara kejohanan gimrama.

4.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Tarikh : 10 Jun 2008
Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2

Masa Acara

Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu

Ketibaan Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah.

Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu

Ucapan Pegawai Gabungan Kota Marudu

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah.

Pembacaan Ikrar

Persembahan

Penyampaian Cenderahati

Jamuan

Bersurai.

4.2 Aturcara Majlis Perasmian Penutupan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Tarikh : 12 Jun 2008
Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2

Masa Acara

Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu

Semua kontinjen dan Pegawai kejohanan mengambil tempat

Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu

Ucapan Dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh pegawai pelajaran
Gabungan Kota Marudu, Sabah.

Penyampaian hadiah, piala kemenangan dan cenderahati


Jamuan

Bersurai.


4.3 Susunan Acara Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Hari Pertama
10 Jun 2008

Hari Kedua
11 Jun 2008

Hari Ketiga
12 Jun 2008

5.0 PERALATAN

Peralatan yang diguna seperti radio (sumber muzik), tali, bola, gelung, reben dan belantan dalam kejohanan ini disediakan oleh pengelola. Berikut adalah senarai peralatan yang diguna dalam kejohanan sukan gimrama.

5.1 Gelung

Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik sangat penting dalam kejohanan ini.

5.2 Reben

Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila pergerakan dibuat mengikut rentak muzik

5.3 belantan

Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya..

Semua peralatan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh pengelola terlebih dahulu sebelum digunakan untuk pertandingan.

5.4 Sumber Muzik

Radio yang menghasilkan audio/muzik akan disediakan oleh pengelola. Radio akan diletakan di atas tempat yang sesuai dan dapat didengar dengan jelas oleh gimnas. Pita kaset atau CD untuk tujuan pertandingan disediakan oleh pasukan terlibat. Setiap pita kaset/CD perlu dilabelkan dengan nama Gimnas, kumpulan Umur, Giliran, alatan/symbol dan tempoh muzik. Tempoh muzik ditetapkan bagi individu ialah selama satu minit tiga puluh saat.

5.5 Arena Pertandingan

Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Kota Marudu 2 kerana ruangnya luas dan strategi untuk sukan tersebut. Setiap peserta perlu berada dalam kawasan arena pertandingan 10 minit lebih awal bagi mengelak dari dikenakan pemotongan mata. Para peserta juga wajar mengikuti peraturan pertandingan seperti dalam lampiran 1.

6.0 BELANJAWAN

Perbelanjaan mengelolakan kejohanan sukan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa Majlis perasmian pembukaan, Majlis Perasmian Penutupan dan perbelajaan sepanjang kejohanan tersebut.

JUMLAH RM4510.00

6.2.. SUMBER KEWANGAN

JUMLAH RM4510.00

Untuk tujuan mendapatkan sumbangan pengerusi pengelola akan memohon sumbangan dari Ahli Parlimen P168 Kota Marudu, sabah.


BAHAGIAN B

1.0 LANGKAH KESELAMATAN

Dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Gimrama yang julung kalinya diadakan di Daerah Kota Marudu,langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Antaranya termasuklah
Keselamatan di arena pertandingan
Keselamatan alatan yang digunakan
Keselamatan penyimpanan alatan
Keselamatan peserta dan peralatan peserta.

1.1 Keselamatan di arena pertandingan

Arena pertandingan hendaklah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pertandingan gimrama. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan di arena pertandingan.

Lantai kawasan pertandingan hendaklah bersih, selamat dan tidak terdapat sebarang benda yang boleh menjejaskan pergerakan para peserta. AJK kebersihan dan keselamatan arena hendaklah sentiasa memastikan arena pertandingan dalam keadaan selamat.
AJK Pertolongan cemas hendakalah sentiasa bersedia untuk memberi bantuan terutamanya ketika peserta sedang melakukan disiplin. Petugas-petugas Pertolongan cemas hendaklah cekap, pentas dan berwaspada, sepanjang kejohanan berlangsung.
Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul seperti dalam lampiran bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang untuk memasuki arena pertandingan.
Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m.

1.2 Keselamatan alatan yang digunakan

Setiap alatan yang digunakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh penganjur bagi mempastikan alatan tersebut selamat digunakan. Alatan yang diragui keselamatannya akan dibatalkan. Ciri-ciiri alatan yang selamat adalah seperti berikut,
tidak terdapat tanda-tanda kerosakan atau kecacatan pada alat tersebut.
setiap peralatan hendaklah bersih
Setiap alatan mematuhi spesifikasi alatan seperti yang terkandung dalam Peraturan teknikal FIG terbitan 2005.
Radio yang diguna dalam pertandingan hendaklah berfungsi dengan baik. Justeru itu radio hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum digunakan.
Setiap kaset/CD yang diguna oleh para peserta hendaklah diuji terlebih dahulu supaya tidak berlaku pemotongan markah disebabkan oleh masalah teknikal.
Setiap alatan yang diguna seperti jam randik dan sebagainya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.


1.3 Keselamatan penyimpanan alatan

Pihak penganjur perlu menyediakan satu tempat khas untuk penyimpanan peralatan yang diguna sepanjag kejohanan tersebut. Tempat penyimpanan alatan tersebut hendaklah berkunci dan sentiasa selamat sepanjang kejohanan tersebut.

Dalam hal ini setiap pengurus pasukan hendaklah mempastikan peralatan yang mereka gunakan disimpan di tempat yang telah ditentukan oleh penganjur dan menyimpan kunci dengan selamat.. Ciri-ciri bilik penyimpanan alat
Sentiasa berkunci di mana kunci disimpan oleh pengurus setiap kontinjen yang mengambil bahagian.
Bilik penyimpanan hendaklah bersih, selamat dan tidak mudah dimasuki oleh pelajar luar.
terdapat kunci pendua yang hanya boleh diambil sekiranya berlaku kehilangan kunci bilik penyimpanan.
Setiap pengurus kontinjen hendaklah menjaga keselamatan bilik penyimpanan peralatan masing-masing.


1.4 Keselamatan peserta dan peralatan yang diguna oleh peserta.

Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah
Memberi penjelasan/taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung.
Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan.
Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan.
Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.

2.0 SPESIFIKASI ALAT

Nama Alat Bahan Panjang Berat Diameter

Gelung Kayu/plastik 300 gram 80 – 90 cm
Belantan Kayu sintatik 40 – 50 cm 150 gram/satu 18 – 20 cm
Reben Satin/bukan satin 50 – 6- cm 46 cm lebar
6 m P18
5 m P12 & P15
Tali Ham/sintatik
Bola Getah/sintatik/plastik 400 gram 18 – 20 cm

Setiap pasukan yang menyertai kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu hendaklah mendapatkan pengesahan spesifikasi alatan dan sticker pengesahannya. Pemeriksaan alatan akan dilakukan sebelum disiplin latihan dipertandingkan. Pemeriksaan lanjutan bagi alatan boleh dilakukan selepas sesuatu disiplin latihan yang dipertandingkan tamat atas permintaan juri.

Alatan yang tidak disahkan akan dibatalkan penggunaannya walaupun alatan itu telah disahkan pada pertandingan yang lain.

______________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI

Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti
Kuala Lumpur.

Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills
Champaign II, : Human Kinetics.



Tiada ulasan: