Ahad, 11 Januari 2009

BELAJAR EKONOMI

TEORI EKONONI KLASIK

Teori ekonomi klasik merupakan penjelasan ahli-ahli ekonomi yang menganalisa kesan perubahan dalan bekalan wang ke atas tingkat harga. Sungguhpun terdapat beberapa teori ekonomi klasik tetapi pandangan asas teori-teori tersebut adalah sama, iaitu perubahan dalam bekalan wang akan menimbulkan perubahan yang sama kadarnya ke atas harga. Dengan konsep lain, kenaikan bekalan wang akan menyebabkan tingkat harga naik dengan kadar yang sama dan penurunan bekalan wang akan menyebabkan tingkat harga turun dengan kadar yang sama.

Dalam teori ekonomi klasik terdapat tiga pelopor utama yang menekankan persamaan teori masing-masing antaranya iaitu teori Bodin, Irving Fisher dan teori Persamaan Cambridge.


TEORI BODIN

Teori yang terawal dikemukakan oleh Bodin yang menekankan satu persamaan iaitu perubahan dalam bekalan wang akan mengakibatkan perubahan yang sama kadarnya ke atas tingkat harga umum. Jika jumlah bekalan wang bertambah sebanyak tiga kali ganda maka tingkat harga turut naik tiga kali ganda. Teori Bodin dinyatakan dengan persamaan berikut:

M = KP di mana M ialah bekalan wang
P ialah tingkat harga umum
K ialah pemalar

Maka Bodin berpendapat bahawa untuk mengawal tingkat harga umum, jumlah bekalan wang di pasaran harus dikawal.

TEORI IRVING FISHER
Profesor Irving Fisher merupakan seorang ahli ekonomi Amerika, menyatakan bahawa teori Bodin kurang tepat kerana mengabaikan halaju pusingan wang dan jumlah urusniaga keseluruhan. Halaju pusingan wang adalah halaju purata pusingan wang dalam masa satu tahun. Menurut Fisher walaupun kuantiti wang dalam ekonomi adalah tetap, tetapi jika halaju pusingan wang bertambah sebanyak tiga kali ganda, maka tingkat harga juga akan naik tiga kali ganda dengan andaian semua perkara lain tidak berubah. Fisher juga tidak bersetuju bahawa jumlah urusniaga adalah tetap di dalam ekonomi kerana beliau berpendapat pengangguran sering berlaku dan akan menyebabkan jumlah urusniaga mengalami turun dan naik. Fisher membuat persamaan baru untuk menerangkan teori ekonomi klasik iaitu:
MV = PT di mana
M ialah bekalan wang V ialah halaju pusingan wang
P ialah tingkat harga umum T ialah jumlah urusniaga

Ahli-ahli ekonomi tersebut menyatakan bahawa halaju pusingan wang adalah bergantung kepadaa institusi bank, system pembayaran gaji dan aktiviti perdagangan. Dalam jangka pendek, factor-faktor tersebut tidak akan berubah, maka wang yang dipegang untuk urusniaga juga tidak berubah. Di samping itu ahli-ahli ekonomi klasik berpendapat bahawa ekonomi selalu berada dalam guna tenaga penuh, maka pengeluaran juga adalah tetap. Ini bermakna nilai V dan T adalah tetap, maka kenaikan dalam M akan menyebabkan kenaikan yang sama kadarnya dalam P. sebaliknya penurunan dalam M akan menyebabkan penurunan yang sama kadarnya dalam P.


TEORI CAMBRIDGE

Teori tersebut dikemukakan oleh Alfred Marshall seorang ahli ekonomi British. Beliau berpendapat bahawa perubahan dalam bekalan wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama. Teori Marshall dinyatakan dengan menggunakan persamaan Cambridge, iaitu M = KPT. Di mana M,P,T adalah sama dengan M,P,T dalam persamaan pertukaran Fisher. K adalah bahagian dari jumlah pendapatan yang dipegang oleh masyarakat dalam bentuk wang tunai.

Persamaan Cambridge M = KPT
Atau M/K = PT

Persamaan pertukaran Fisher MV = PT
Maka M/K = MV
Atau K = M/MV
= 1/V
Angkubah K dalam persamaan Cambridge adalah sama dengan 1/V.

KRITIKAN KE ATAS TEORI EKONOMI KLASIK

Teori–teori ekonomi klasik yang dikemukakan oleh ahli-ahli ekonomi klasik menghadapi banyak kritikan, khasnya dari ahli ekonomi yang menyokong pendapat Keynes. Golongan Keynesian berpendapat bahawa teori ekonomi klasik mempunyai
kelemahan dalam menjelaskan hubungan antara bekalan wang, tingkat harga umum dan aktiviti ekonomi. Antara kritikan ke atas teori ekonomi klasik iaitu:

1. Andaian bahawa nilai T selalu tetap adalah kurang tepat
Ahli-ahli ekonomi klasik berpendapat bahawa guna tenaga penuh selalu tercapai dalam ekonomi, maka pengeluaran adalah tetap dan tidak dapat ditambah. Oleh itu, nilai T adalah tetep. Sebenarnya pengangguran yang berlaku dalam ekonomi akan menyebabkan kenaikan nilai T dengan Mudah apabila terdapat kenaikan dalam permintaan atas barangan. Bagaimanapun, dengan adanya tambahan dalam pengeluaran tidak semestinya bermakna tambahan dalam kuantiti wang akan menaikkan tingkat harga umum dengan kadar yang sama. Ini adalah kerana tambahan dalam kuantiti wang yang menyebabkan kenaikan dalam permintaan mungkin dapat dipenuhi dengan tambahan pengeluaran yang dihasilkan oleh pekerja-pekerja dahulunya menganggur. Oleh itu, teori klasik tidak memberi penjelasan yang baik tentang perubahan bekalan wang ke atas tingkat harga umum apabila wujudnya pengangguran.

2. Andaian bahawa halaju pusingan wang
adalah tetap dalam jangka pendek juga kurang tepat
Halaju pusingan wang dipengaruhi oleh banyak factor. Salah satu factor yang menyebebka halaju pusingan wang berubah ialah perubahan dalam tingkat kegiatan ekonomi. Pada masa inflasi, masyarakat cenderung membelanjakan wang, maka halaju pusingan wang akan naik. Pada masa deflasi, masyarakat akan mengurangkan perbelanjaan, maka halaju pusingan wang akan menurun.

3. Persamaan pertukaran Fisher hanya menerangkan fungsi
wang sebagai alat untuk urusniaga
Sebenarnya, wang yang diminta juga bertujuan untuk awasan dan spekulasi. Maka kenaikan bekalan wang tidak semestinya bermakna semua wang digunakan untuk urusniaga tetapi sebahagiannya akan disimpan untuk awasan. Jadi, kenaikan bekalan wang akan menyebabkan kenaikan tingkat harga umum dengan kadar yang sama.

4. Andaian Fisher bahawa M,V,P dan T adalah bebas juga kurang tepat
alam persamaan pertukaran MV = PT,M,V dan T bukan sahaja mempengaruhi P tetapi juga saling mempengaruhi antara satu sama lain. Persamaan pertukaran Fisher MV = PT dapat dituluskan seperti berikut:

P = MV/T

Ini bermakna bahawa P tidak hanya bergantung kepada M tetepi juga kepada V danT. Oleh itu, M akan mempunyai kesan yang kecil ke atas P jika terdapat penurunan yang sama dalam V atau kenaikan yang sama dalam T.

5. Teori ekonomi klasik telah mengabaikan kesan kadar bunga dalam mempengaruhi nilai turun dalam tingkat harga
Sebenarnya, kadar bunga mempunyai hubungan negatif dengan tingkat harga. Apabila kadar bunga adalah tinggi, pelaburan dan penggunaan akan menurun. Maka ini akan menyebabkan kejatuhan dalam tingkat harga. Sebaliknya, apabila kadar bunga adalah rendah, pelaburan dan penggunaan akan meningkat. Maka ini akan menyebabkan kenaikan dalam tingkat harga.


TEORI EKONOMI KEYNESIAN

Teori Keynes atau teori pilihan kecairan Keynes menyatakan bahawa masyarakat meminta wang bukan sahaja untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan tetapi juga untuk awasan dan spekulasi. Maka dalam teori Keynes, masyarakat meminta wang untuk tiga tujuan, iaitu urusniaga, awasan dan spekulasi.

1. Tujuan untuk urusniaga
Tujuan permintaan wang yang paling penting ialah untuk membayar perbelanjaan yang dilakukan setiap hari. Sektor firma pula meminta wang untuk membeli factor-faktor pengeluaran yang ditawarkan oleh sektor isi rumah. Maka wang yang diminta untuk tujuan urusniaga adalah berfungsi sebagai alat pertukaran. Permintaan wang untuk tujuan urusniaga adalah ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi tingkat pendapatan, semakin besar permintaan wnag untuk urusniaga dan sebaliknya. Keluk permintaan untuk tujuan urusniaga dalam lampiran A (a).

2. Tujuan untuk awasan
Masyarakat juga meminta wang untuk simpanan supaya dapat digunakan untuk membayar sesuatu perkara yang di luar jangkaan seperti membayar bil-bil hospital apabila individu sakit atau kehilangan pekerjaan. Maka wang yang diminta untuk tujuan awasan adalah berfungsi sebagai alat penyimpan nilai. Permintaan wang untuk tujuan awasan juga ditentukan oleh tingkat pendapatan. Semakin tinggi tingkat pendapatan , semakin besarlah permintaan wang untuk awasan dan sebaliknya. Keluk permintaan untuk awasan dalam lampiran A (b).


3. Tujuan untuk spekulasi
Masyarakat juga meminta wang untuk tujuan spekulasi, iaitu untuk melabur dalam saham-saham dan surat-surat berharga untuk tujuan mendapatkan keuntungan. Menurut Keynes, motif memegang wang untuk spekulasi wujud kerana orang ramai membuat pilihan di antara memegang kekayaan dalam bentuk wang yang tidak diberi sebarang kadar bunga atau melabur dalam harta yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi. Oleh demikian, individu akan membeli saham bila mereka menganggap kadar bunga akan jatuh dan harga saham akan naik pada masa depan. Sebaliknya, mereka menjualnya apabila mereka menganggap kadar bunga akan naik dan harga saham akan turun pada masa depan. Maka, permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah bergantung kepada kadar bunga. Apabila kadar bunga adalah tinggi, permintaan wang untuk spekulasi akan turun. Keluk permintaan untuk spekulasi dalam lampiran A (c).


KESEIMBANGAN DI PASARAN WANG

Keseimbangan pasaran wang tercapai apabila jumlah permintaan wang adalah sama dengan jumlah penawaran wang. Persamaan permintaan wang dan penawaran wang seperti berikut:

Dm = Sm di mana Dm ialah jumlah permintaan wang
Sm ialah penawaran wang

Keluk keseimbangan pasaran wang dalam lampiran A (d).

1. Merujuk kepada keluk keseimbangan pasaran wang keseimbangan tercapai apabila titik Dm dengan titik Sm bersilang di titik E.

2. Pada titik keseimbangan E, kuantiti permintaan wang dan kuantiti penawaran wang adalah sama besar iaitu M1 dan tingkat kadar bunga keseimbangan yang tercapai adalah setinggi i1%.

3. Pada titik kadar bunga i2% kuantiti wang yang ditawarkan adalah lebih besar daripada kuantiti yang diminta. Lebihan penawaran wang sebesar M0, M1 akan menekan kadar bunga untuk turun hingga ke tingkat i1% semula.

4. Sebaliknya, pada kadar bunga i0%, kuantiti yang diminta adalah lebih besar daripada kuantiti yang ditawarkan. Lebihan permintaan wang sebesar M1, M2 yang wujud dalam pasaran akan cenderung menekan kadar bunga untuk meningkat semula ke tingkat i1%.


5. Sebarang perubahan dalam permintaan wang atau penawaran wang atau kedua-duanya sekali akan mempengaruhi tingkat kadar bunga dalam pasaran.
M aka dapat dikatakan bahawa, menurut Keynes, kadar bunga adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran wang. Pandangan Keynes ini berbeza dengan ahli ekonomi klasik yang berpendapat bahawa kadar bunga adalah ditentukan oleh permintaan dan penawaran dalam tabungan dan pelaburan.


EKONOMI POLITIK SEMASA
Ekonomi Semasa
Pilihan kajian adalah luar negara, iaitu keadaan ekonomi politik semasa di negara Thailand. Isu yang dikaji di negara Thailand berkenaan dengan tingkat kadar pertumbuhan ekonomi dan dasar kerajaan tersebut pada masa sekarang.

Merujuk kepada kadar pertumbuhan ekonomi, negara Thailand telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi 8% kadar pertumbuhan ekonomi tahun 2004. Di mana, tingkat guna tenaga meningkat kepada 6.59 juta tenaga kerja.

Namun demikian negara tersebut mengalami kadar pengangguran yang tinggi iaitu 4.8 %. Manakala inflasi pula sebanyak 4.4 % yang menyebabkan tingkat harga umum meningkat secara berterusan.


Politik Semasa

Melalui kajian yang dipilih, keadaan politik negara tersebut masih dalam keadaan stabil dan mantap. Ini kerana hubungan deplomatik antara negara Malaysia, Philipin dan Indonesia masih baik. Namun demikian, negara Thailand masih memerlukan perbelanjaan untuk memperbaiki taraf hidup penduduk di sekitar Bengkok, Myanmar dan penduduk tempatannya yang lain. Disebabkan peruntukan sumber pengeluaran negara tersebut semakin berkurangan, banyak langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan Thailand seperti meningkatkan prodaktiviti pekerja yang datang dari Malaysia , Philipin dan Indonesia.


Kritikan terhadap ekonomi dan politik semasa negara Thailand

Merujuk kepada keadaan ekonomi dan politik negara Thailand, walaupun kadar pertumbuhan negara tersebut semakin meningkat, tetapi masih terdapat tenaga buruh yang tidak digunakan. Ini kerana banyak buruh yang tidak mendapat pekerjaan yang baik kerana persaingan pekerjaan di negara tersebut adalah tinggi. Kerajaan terpaksa berbelanja untuk menyediakan pelbagai pekerjaan dan infrastuktur kepada rakyatnya malah untuk pekerja yang datang dari negara luar.

Walaupun negara Thailand banyak menerima kunjungan pelancong dari luar negara, tetapi hasil pendapatan yang diperolehi daripada kegiatan tersebut tidak dicatat dalam pendapatan ekonomi negara. Dengan melihat guna tenaga yang tinggi, tetepi masih terdapat pengangguran yang tinggi. Ini kerana peratus pengangguran lebih dari 4%. Secara langsung, negara Thailand belum mencapai tingkat guna tenaga penuh.

BIBLIOGRAFY

Sumber rujukan internet:
Pelita Brunei-Ehwal ASEAN, Pelita Brunei – Aneka Rencana.
VISI Online, Keratan Akhbar-rencana blogsport.com
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Umno – Online.
Isu EKONOMI Semasa ASIAN.

Sumber rujukan buku terbitan :
Long Man, Fajar Bakti SDN.BHD, Pustaka Sarjana SDN.BHD

Tiada ulasan: