Ahad, 18 Januari 2009

Teori Silogisme

Adakah saudara pernah mendengar atau terbaca tentang Teori Silogisme? Sebenarnya, teori ini adalah salah satu teori yang tersohor di dalam bidang psikologi. Pada dasarnya, teori ini mengajar kita mengetahui, memahami dan menganalisa tindak-tanduk manusia di dalam kehidupan seharian. Ironinya, sikap manusia ini adalah pelbagai sehingga boleh dikatakan bahawa hampir mustahil ada dua manusia yang mempunyai persamaan sifat dan sikap 100%. Sedikit persamaan itu mungkin ramai. Apapun, perbedaan pendapat, pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara itu merupakan sesuatu yang amat positif malah boleh mendatangkan rahmat sekiranya terurus dengan baik.

Di dalam mengupas teori ini, tiga kata kunci penting mesti diperhalusi iaitu, kepercayaan (belief), nilai (value) dan sikap (attitude). Secara mudah saya ingin katakan bahawa, kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara akan melahirkan satu nilai yang kuat terhadap perkara tersebut. Kombinasi kepercayaan dan nilai yang kuat akan mencetuskan satu sikap yang kuat berkenaan perkara tersebut. Natijahnya, kejayaan yang kita harapkan di dalam perkara tersebut akan tercapai dan kita akan mendapat kepuasan yang amat mengagumkan.


Saudara, sebagai contoh dalam bidang perniagaan. Sila perhatikan kenyataan-kenyataan berikut:
  1. "9/10 sumber rezeki/kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang pekerjaan yang mulia dan paling hampir kepada kekayaan." (Kepercayaan/belief).- Mencetuskan persepsi!

  2. "Seronoklah apabila memiliki sebuah perniagaan yang menguntungkan (macam yg ada klinik tu... hehe, gurau ah tuan Dr). Apabila duit banyak, lebih mudah kita bersedekah dan semua kesempitan hidup kita akan dapat diatasi." (Nilai/value).- Mencetuskan keinginan yg membara!

  3. "Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, saya akan memilih jenis perniagaan yang akan saya ceburi. Selepas itu, saya akan mengikuti kursus berkaitan dan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu." (Sikap/attitude).- Mencetuskan tindakan!

Sebagai kesimpulannya, jikalau kita ingin menjana satu kejayaan yang besar di dalam apa sahaja lapangan yang kita ceburi, kita mestilah mulakan dengan KEPERCAYAAN-Persepsi. Pastikan kepercayaan itu `besar`. Kemudian dikuti dengan NILAI-Keinginan yang `besar`. Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kombinasi kepercayaan dan nilai yang besar akan menghasilkan SIKAP-Tindakan yang sudah pasti juga `besar`. Insya-Allah kejayaan yang kita perolehi juga kejayaan yang `besar`.

Tahukah anda bahawa kemenangan PAS (PR) dalam PRK-KT semalam menewaskan UMNO (BN) dengan jumlah majoriti besar 2,631 undi, adalah bermula dengan kepercayaan/belief- Persepsi di kalangan pengundi! Ya, ada benarnya kan... Tahniah kepada yang menang. Yang kalah cuba lagi, he he he! Baik... persoalan saya sekarang ialah, apa pula kepercayaan/belief- Persepsi pembaca sekalian terhadap SAM??? Langkah pertama itu akan menentukan jatuh bangun SAM dan masa depannya. Wallahua`lam.

Tiada ulasan: